Friday, 29 June 2012
Thursday, 26 January 2012
Inkuiri: Bermulanya sebuah penyiasatan
Pengalaman Sebagai Nota Permulaan
Segalanya bermula apabila aku dijemput untuk menjadi penceramah di Maktab Rendah Sains Mara di Selatan Tanahair. Menemui guru-guru yang rata-ratanya telah berpengalaman memang merupakan satu perkongsian ilmu dan sejarah keguruan yang amat menguja untuk diceritakan. Dengan diiringi latar belakang mendidik dan mentarbiyah sebagi misi dan tekad kami, aku menjelaskan makna inkuiri dan bagaimana untuk melaksanakannya dalam dunia bilik darjah yang dilalui seharian.
"Bagaimanakah untuk melaksanakannya, sedangkan kami dikekang untuk menghabiskan silibus yang amat banyak?", ungkapan dan pertanyaan pertama yang mesti kuhadapi. Tergambar dibenak fikiranku, seperti sebuah anak panah yang meluncur deras dan tepat tercacak di tengah jantungku setelah dilepaskan daripada busurnya.
"Bagaimana pendapat cikgu yang lain?", sambil menahan nafas kulontarkan kembali soalan tersebut kepada peserta yang lain. Ruang bilik yang luas itu kedengaran gumam yang bertalu-talu. Kupandang wajah guru-guru dihadapanku itu. Sesetengahnya tersenyum manakala yang lainnya mengerutkan wajah. Aku memahami tingkahlaku tersebut, kekeliruan dan gambaran keresahan yang telah lama bermain dalam minda mereka. Sekalipun bukan minda sedar pastinya separa sedar.
"Mungkin ia hanya sesuai sebagai sebuah teori." satu ungkapan kedengaran.
Dan bermulalah sebuah sesi bengkel yang menuntut penerangan, pengaplikasian, perancangan, perlaksanaan, perbincangan, aktiviti kumpulan, meneroka permainan, menyiasat fenomena di sekeliling dan mengaitkannya dengan kehidupan, membentuk persoalan dan berusaha untuk mendapatkan jawapan. Hinggalah akhirnya di penghujung aktiviti kami membina sebuah konklusi.
"Jika kita ingin sebuah masyarakat yang kreatif, kita perlu melaksanakan inkuiri ini" tegas seorang guru yang dari awal cukup aktif mengemukakan persoalan.
"Kami akan melaksanakannya, kerana ianya satu strategi yang cukup menarik minat pelajar. Moga Dr. boleh meneruskan lagi bengkel seperti ini" sokong seorang guru yang lain.
Buat sejenak, aku memandang mata-mata peserta. Kuhembuskan nafas dalam-dalam. Kurasai denyut nadi diri dan kurasai hawa air-cond dari penjuru-penjuru bilik. "Syukurlah" bisik hatiku. Sesungguhnya mereka mula menyedari ilmu yang dikongsikan.
Iktibar Dari Pengalaman
Sesungguhnya pengalaman ini amat luas maknanya... sekurang-kurangnya pada diriku sendiri. Inkuiri yang merupakan usaha untuk menyiasat dan mendapatkan bukti daripada segala fenomena yang wujud di sekeliling. Fenomena tersebut boleh merupakan objek, peristiwa, kejadian, perubahan dan sebagainya.
Dan alangkah banyaknya fenomena yang berlaku di sekeliling yang melingkari seluruh kehidupanku. Bermula daripada apa yang didengar di corong radio, ditonton di televisyen, didengar dari perbualan, dilihat melalui pemerhatian di persekitaran... semuanya berterusan melingkar dan terus membelit fitrah kehidupan. Dan di sanalah segalanya memerlukan inkuiri ini.
"Apakah aku telah mengamalkan inkuiri dalam kehidupanku?" lontaran soalan dipenjuru hatiku. Soalan yang meronta-ronta memohon jawapan.
Masih jelas dalam ingatan... Betapa memang amat jelas dalam memori pemikiran. Berita yang bertali arus... tidak pernah putus-putus....
Seorang tokoh politik terlibat dalam skandal seks.
Seorang isteri tokoh politik terlibat dalam pembelian cincin dan beg tangan yang amat berharga.
Seorang artis terlibat dalam kes perceraian akibat kecurangan.
Ekonomi dunia semakin musnah.
Alam sekitar kian terancam.
Matahari memancarkan radiasi tinggi akibat ribut matahari.
Syarikat makanan segera yang popular akan dijual kepada bangsa asing.
Semua berita yang menerbitkan rasa resah... tapi ianya sebuah kisah kehidupan. Dan di dalam perbincangan, aku melihat sekelompok manusia yang menelan seluruh berita dengan rakusnya. Tidak memamah apatah lagi mengunyahnya... sebaliknya terus menerima tanpa sebarang inkuiri.
"Apakah kita tidak perlu menyiasat berita ini?", hatiku terus membisik jauh di sudut sanubari.
"Bukankah kita perlu memiliki inkuiri untuk menapis, menyaring, memikir dan akhirnya... membuat keputusan sama ada ianya benar atau tidak." tak tertahan lagi ruang fikirku berasak-asak menyoal diriku sendiri.
Akhirnya aku membuat keputusan... "Aku perlu mengamalkan inkuiri ini. Ya aku mesti mengamalkannya. Jika aku mampu berceramah mengenainya... aku juga mesti mengamalkannya dalam kehidupanku".

Tuesday, 10 January 2012
Wednesday, 13 April 2011
SUKARNYA MENGEKALKAN KETAQWAAN
SUKARNYA MENGEKALKAN KETAQWAAN
Jauh di sudut sanubari
Mekar rindu pada Ilahi
Menuntut kasih di dinihari
Dengan tangisan di malam sepi
Tuhanku
Ampunkanlah dosaku...
Jauh di sudut sanubari
Mekar rindu pada Ilahi
Menuntut kasih di dinihari
Dengan tangisan di malam sepi
Tuhanku
Ampunkanlah dosaku...
Friday, 1 January 2010
Sibuk
"Rajin-rajin yer updates blog tu"... satu seruan yang diterima dalam facebook membuatkan aku kembali menggagahkan diri menaip di dalam blog ini. Rasanya lama benar tidak meluahkan sebarang bicara. Atau menuturkan sepatah dua kata di ruangan ini. Walaupun kerap kali juga kuterima saranan rakan dan teman untuk terus mengimarahkannya... bukankah di hujung pena itu juga ada tanggungjawab yang perlu ditunaikan.
Lantas fikiranku menerobos ke sempadan ruang fikir. Mengapa lama benar dibiarkan blog ini bersawang... sedangkan jutaan isu dan lakaran peristiwa di kiri kanan kehidupan yang menuntut olahan dan luahan naluri dan perasaan. Dan satu lantunan yang bertalu-talu bertali temali di dalam ruangan hati...
"Sibuk"
Ya... rasanya kehidupan ini seolah-olah tidak cukup 24 jam yang dianugerahkan. Kalaulah jam boleh berhenti buat seketika... alangkah seronoknya. Betapa banyaknya urusan hidup yang perlu diselesaikan... dan usaha mencapai cita-cita yang tak pernah berkesudahan. Seawal bangun di pagi hari... menyempurnakan tuntutan untuk Tuhan, keluarga dan anak-anak, tugasan di pejabat, penulisan tesis yang belum selesai, bermuamalah dengan masyarakat, beriadah untuk diri, berehat dan memikirkan makna hidup. Wah... banyaknya lagi tugasan yang belum disiapkan dan perlu diselesaikan... sedangkan duedate telah hampir ke titik penamatnya...
"Sibuk... saya sangat sibuk"
Masih teringat anak-anak yang memohon simpati urusan persekolahan mereka.
Masih teringat senyum tawar isteri yang menuntut urusan keluarga disiapkan segera.
Masih teringat bicara bonda yang menunggu kepulangan di desa.
Masih teringat tawa teman yang mengajak menyelesaikan segera tugasan yang berjela-jela.
Masih teringat, deringan telefon ketua jabatan yang menuntut penyiapan segera amanah yang diberikan.
Masih teringat rakan seusrah yang minta buah fikiran dan tuntutan amal.
Masih teringat pelbagai ibadah wajib dan sunat yang belum dilaksanakan.
Masih teringat apakah amalan yang telah kulakukan untuk masa hadapan.
Masih teringat....
"Aku seorang sahajakah yang sibuk?"
Akhirnya kembali kepada muhasabah dan refleksi diri. Sibuk benarkah aku? Apakah hanya aku yang dianugerahi kesibukan ini? Zalim benarkah Allah yang Maha Esa kepada hambanya yang seorang ini? Teringat bicara Al-Imam Hassan Al-Bana, "sesungguhnya masa tidak cukup dengan amanah dakwah ini", demikianlah dakwahnya kepada seorang pengawal di pintu keluar sebuah bangunan ketika dia menunggu kenderaan yang akan datang. Sungguh... dalam ruang waktu yang begitu ringkas... sempat juga beliau menunaikan tanggungjawabnya. Juga teringat kisah Rasulullah yang tidak pernah ditinggalkan walau sesaat masanya tanpa amalan yang mulia. Lantas aku teringat lagi...
Betapa banyaknya masa yang kuisi dengan termenung dan melenakan mata di malam hari...
Betapa banyaknya masa untuk holiday bahkan sampai ke negara China...
Betapa banyaknya masa untuk bergelak ketawa bersama teman-teman.
Betapa banyaknya masa di depan televisyen, menyaksikan idola kecil...
Betapa banyaknya masa membaca akhbar berjam-jam...
Betapa banyaknya masa... yang aku pun tak tahu kemana perginya masa setiap hari...
"Tuhan... aku tidak sibuk"
Sesungguhnya benarlah... bukan sibuk namanya. Tapi hanya gagal memanfaatkan masa dengan penuh ketaqwaan. Bukankah banyak masa senggang yang terluang tapi disia-siakan. Ketika mana rakan lain berteleku menulis ribuan buku... tapi aku masih termangu-mangu menatap laptop tanpa sebaris ayat. Ketika mana rakan lain berjuang di medan perang menentang kafir durjana, aku masih menggeleng kepala bilakah ianya akan berakhir tanpa sedikit pun rasa berduka. Ketika mana nama Allah tidak lagi milik Islam bahkan boleh ditulis dengan sewenangnya dalam kitab kristian dan siapa sahaja, aku terus tersenyum tanpa rasa hiba.
Telah tersurat yang tersirat.
Aku tiada masa lagi. Doaku dalam kudus lewat tengah malam ini. Ya Allah lapangkanlah masaku. Jauhkanlah makhluk sibuk ini dari masaku. Amin Ya Rabbal Alamin.
Salam: Johari, Al Faqir Ila Allah.

Tuesday, 19 May 2009
Swine Flu, Virus A H1N1: Musibah atau Tazkirah?

Swine Flu alias seselma babi
Tatkala artikel ini kusiapkan, wabak swine flu telah tersebar hampir ke serata dunia bahkan Malaysia sendiri juga telah mencatatkan dua kes sekaligus meningkatkan kekhuatiran dan kebimbangan seluruh rakyat. Swine flu yang diakibatkan oleh kehadiran virus A (H1N1) atau seselma babi atau apa sajalah namanya cukup untuk menerbitkan kebimbangan kepada sesiapa sahaja yang dijangkitinya apabila mengetahui kehadirannya yang tidak diundang mengakibatkan kematian. Wabak pandemik di Mexico ini mampu berubah menjadi bom jangka yang mampu tersebar ke seluruh dunia hasil migrasi penduduk ke sebuah negara yang cukup popular dengan kehadiran para pelancong ke negara tersebut. Ianya syurga bagi penduduk Amerika Syarikat yang tinggal berjiran untuk melancong dan berhibur dan kemudiannya penduduk di negara tersebut turut menyumbangkan kepada penularan keserata alam buana ini.
Virus tersebut yang melibatkan tiga perumah iaitu burung, babi dan manusia boleh menjangkiti manuia dengan penyebaran melalui udara mengundang padah dengan hanya menghidu nafas pesakit yang dihidapi penyakit seselma babi ini. Begitu juga melalui interaksi dengan babi yang merupakan host atau perumah sejati kepada virus ngeri ini. Pelbagai kisah daripada catatan perubatan yang mampu dibaca sendiri daripada pelbagai pautan internet tentang virus ini dan journal perubatan rasanya tak perlulah untuk kuwarkahkan dalam tulisan ini. Namun apa yang lebih membimbangkan ialah pelbagai cetusan dalam rohani fikirku hingga memaksa aku mencatatkan dalam blog ini.
Bicara hati: Mengapa Allah menimpakan musibah ini?
Demikianlah detik fikir yang terus tali temali meruntun dalam hatiku. Tidak kasihankah Allah Yang Maha Penyayang terhadap makhluk yang diciptakannya sendiri. Sehingga sehingga kini telah mencatatkan 79 kematian dan 9830 kes yang telah disahkan di seluruh dunia. Pastinya mangsa yang terkorban merasai azab yang amat menyakitkan tatkala merasai tubuh mereka telah dikuasai oleh virus pembunuh yang bergerak pantas memusnahkan fungsi organ-organ mereka hingga akhirnya terpaksa pasrah menunggu malaikat Izrail datang mencabut nyawa mereka. Juga pastinya kesedihan tersebut akan dikongsi dengan isteri, suami, anak-anak, saudara mara dan sahabat handai yang mengiringi pemergian orang yang dikasihi. Alangkah sedihnya....
Demikianlah... sehingga aku terbaca sebuah artikel dalam sebuah blog para sahabat yang mencatatkan dengan terperinci hakikat pengharaman babi yang mungkin boleh ku'paste'kan di sini.
"Bukankah Islam itu agama yang fitrah, meraikan semua yang menjadi fitrah manusia. Allah tentu tahu yang mana baik dan yang mana bruk untuk manusia.
lalu Allah menyatakan bahawa babi adalah haram dimakan oleh sesiapa sahaja:
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi,dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapibarangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (surah Ali Imran ayat 173)
Para Nabi, para Rasul dan para ulamak menjunjung perintah Allah menyampaikan kepada manusia kenapa Allah haramkan babi namun ia dipandang sebagai sentimen agama kononnya ia adalah lambang penghinaan dan diskriminasi agama.
Bukankah pengharamannya jelas adil untuk fitrah manusiawi semua insan tanpa mengira agama?
Perhatikan fakta ini:
1. Babi adalah haiwan yang amat rakus ketika makan . Ia makan semua makanan di hadapannya. Ia tidak akan berhenti makan, bahkan memakan muntahannya.
2. Ia memakan semua yang boleh dimakan di hadapannya. Memakan najis manusia,haiwan atau tumbuhan, bahkan memakan kotorannya sendiri.
3. Ia kencing atas najisya dan memakannya kembali jika berada di hadapannya.
4. Ia memakan sampah, benda yang busuk, dan najis haiwan.
5. Ia adalah haiwan mamalia satu-satunya yang memakan tanah.
6. Kulit orang yang memakan babi akan mengeluarkan bau yang tidak enak.
7. Penelitian ilmiah moden di China dan Sweden menyatakan: daging babi merupakan merupakan penyebab utama kanser alat kelamin dan kolon. Peratus penderita penyakit ini di negara-negara yang penduduknya memakan babi, meningkat secara drastik. Terutama di negara-negara Eropa, dan Amerika, serta di negara-negara Asia (seperti Cina dan India).
Sementara di negara-negara Islam, peratusnya amat rendah, sekitar 1/1000. Hasil penelitian ini diterbitkan pada 1986, dalam Konferens Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo.
8.Sangat suka berada pada tempat yang kotor, tidak suka berada di tempat yang bersih dan kering.
9. Daging babi adalah tempat persinggahan bagi beberapa jenis cacing yang berbahaya antaranya cacing Pita (Taenia solium), cacing Piral (Trichinella spinalis), cacing Tambang (Ancylostoma duodenale), cacing Paru-paru (Paragonimus), Fasciolepsis busci, Schistosoma japonicum,Chlonorchis sinensis, Erypsipelothrix dan lain-lain.
Kenapa babi haram? Babi haram kerana Allah mengharamkannya
Apabila Allah telah menghukumkan babi itu haram dimakan, walaupun Allah tidak menjadikan apa-apa kuman pun di dalam babi itu. babi itu tetap haram. Kerana ianya tetap dimaramkan oleh Allah.
Kemudian jika Allah tidak menghukumkan babi itu haram sekalipun, babi tetap haram kerana ia mengandungi kuman yang tidak dapat dimatikan.
Allah mengharamkan babi sebagai tanda rahmat dan kasih sayangNya kepada sekalian manusia.
Allah mengharamkan babi untuk semua ummat manusia samaada Muslim, Yahudi , Nasrani atau lain-lain agama.
Al quran:
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ( Al Maidah ayat 3)
Dalam Alkitab , kitab Imamat 11:7 :
"Demikian juga Babi, meskipun berkuku belah, yaitu kukunya bersela panjang, tetapi tidak memamah biak; haram itu bagimu."
Yang hanya tinggal untuk kita ialah beriman kepada Allah dan melaksanakan ajaranNya.
"Makanlah makanan yang baik dan halal".
Akhukum
Pejuang Kecil
http://najhie.blogspot.com/
2.15 petang, 9 Jamadil Ula 1430
Hayyu 10, Kaherah
Panjang lebar catatan "Pejuang Kecil" yang memperincikan amaran Allah terhadap pengharaman babi dan sebab-sebab logik manusia yang turut menyokong perintah Allah tersebut. Namun kini aku terus termangu-mangu apabila memikirkan babi yang seorlah-olah tidak dapat dipisahkan daripada manusia sejagat. Hampir seluruh makanan mengandungi bahan gelatin yang diperbuat daripada lemak babi. Babi juga diternak secara besar-besaran tidak kira secara konvensional, moden, hiliran dan apatah lagi kadahnya. Babi juga menjadi sumber protein yang diagungkan sebagai antara yang paling murah, enak dan entah apa-apa lagi. Lantas ketika inilah aku mula menyedari mengapa Allah mencipta virus A H1N1 seiring dengan babi tersebut sebagai tanda kasihnya Allah kepada hambaNya agar mereka kembali menginsafi segala amaran yang telah dipesankan melalui rasulNya di dalam mukjizat Nabi Muhammad yang paling agung (Al Quran).
Dan seketika inilah aku mula merasai alangkah indahnya kasih sayang Allah kepada makhluknya.

Monday, 18 May 2009
Cikgu: Terima kasih
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Muqadimah syair Usman Awang buat guru yang disayanginya sebagaimana yang diungkapkan di atas, banyak menyentuh hati dan nurani setiap insan. Mengingati kenangan hari-hari awal ke persekolahan, rasa gerun bertemu guru seiring dengan tangis rakan-rakan yang ketakutan dan ingin bertemankan ayahbonda sepanjang hari tentunya masih tersemat di dalam hati. Namun senyuman, belaian, kemesraan dan kasih sayang yang ditunjukkan berjaya memujuk hati untuk terus kekal dibangku sekolah hingga loceng akhir berbunyi.
"Jangan bimbang, cikgu tak makan orang" pujuk guru kepada seorang temanku yang tampak pucat dan mengigil di sudut kelas. Diusapnya wajah anak perempuan kecil tersebut dan didukungnya bagai anak sendiri.
"Jangan menangis, nanti kita main dengan kawan-kawan ye" senyuman tak putus di wajah guru tersebut pada rakanku yang lain. Demikianlah...
Dan sejak itulah, kami dididik, diajar, diasuh, dimanja, dibimbing hingga akhirnya mengenali apakah a, b, c... 1,2,3.. alif, ba, ta... memahami kejadian siang dan malam, pelangi dan galaksi... mengerti fotosintesis dan evolusi... menghayati teori graviti dan keabadian momentum... zarah, relativiti einstein, quark, awan elektron, hukum kekule dan seribu satu konsep, prinsip, hukum dan teori yang pada awalnya terlalu asing beransur-ansur bersebati dalam kotak fikir.
"Kalau kita baik dengan orang nanti orang akan baik dengan kita" pesan guruku lagi apabila kami saling berkelahi.
Ya... seribu satu nasihat yang diterima dan seribu satu ungkapan sebagai teladan dan batas sempadan. Ianya menjadi azimat mengangkat martabat dan sehingga kini terus utuh terpahat dalam sanubari. Nyatalah tugas guru bukan sekadar mengajar bahkan jauh lebih daripada itu, mendidik muridnya menjadi insan berguna dan berbakti pada masyarakat. Alangkah besarnya jasa mereka. Pernah sesekali aku melihat mereka tertawa di bilik guru, bahkan adakalanya termenung menatap buku-buku para murid yang dididiknya... memikirkan bagaimana untuk menolong mereka.
Pernah aku dirotan kerana berkelahi di hadapan makmal. Akibatnya berbirat juga punggungku dihadiahkan cemeti yang sentiasa dipegang guru disiplin yang kebetulan guru sainsku pada ketika itu. Pernah aku diminta berdiri sepanjang waktu kelas kerana gagal menyiapkan kerja rumah yang pada ketika itu sangat bertimbun-timbun. Pernah juga dimarahi gara-gara sebahagian pelajar enggan turun sembahyang ke surau sekolah... dan seribu satu catatan 'manis' yang sehingga kini tidak dapat kulupakan. Namun semuanya merupakan peristiwa yang mencipta aku menjadi dewasa.
Dan... kini tanpa sedar aku sendiri diamanahkan sebagai pensyarah yang juga berada dalam lingkungan yang hampir sama dengan seorang guru. Melihat mahasiswa daripada kaca mata seorang guru... tentunya demikian aku juga dilihat dari kacamata guruku. Namun... kini kami tidak boleh lagi merotan pelajar... memarahi juga mengakibatkan kehadiran kelas berkurangan. Belum lagi nasihat yang tentunya akan disambut dengan markah penilaian pelajar yang rendah. Hingga akhirnya aku menginsafi makna seorang cikgu.
Terima kasih cikgu!
salam: Sempena Hari Guru "Guru Pembina Negara Bangsa"

Monday, 2 February 2009
Bicara Cinta
Dalam kesibukan sehari-hari ini akhirnya dapat juga meluangkan masa sesama teman berdiskusi dan membuat muhasabah diri. Mengupas panjang Tafsir Pimpinan Ar Rahman serta memanjatkan doa untuk kesejahteraan keimanan.
Hasad
Akhirnya kami berhenti memahami dan menyoroti tajuk inti bicara. Hasad. Kupasan yang panjang menyusuri bicara Tokoh Ilmuan silam yang telah teruji perjuangan dan pengorbanan mereka. Ianya merupakan seumpama api di dalam sekam dan api yang memamah ranting kayu yang kering dan basah, begitulah kedengkian yang membara membakar segala amalan dan ibadah yang pernah ditunaikan. Menjadi punca kerosakan diri dan ummah keseluruhan. Meruntuhkan negara, watan dan ketamadunan. Menghancurkan sendi dan nadi perjuangan menegakkan amr makruf, ukhwah dan silaturrahim ummah.
Terpaku diriku, terpesona mendengarkan bibit bicara teman yang berkongsi pengalaman, bagaimana ianya menjadi akar khianat dan permusuhan.
"Menghindarinya mesti diusahakan", begitulah sebahagian ungkapan yang terus mengetuk pintu hati.
"Demikian juga kita perlu menutup pintu-pintunya agar bara persengketaan tidak mungkin akan berbenih dan bercambah", sememangnya sarat dengan pelbagai tafsiran.
Namun bagaimana untuk mengelakkannya!
Ya kuncinya ialah dengan berkasih sayang. "Kasih Sayang!", kalimah yang menyelubungi hati terkuak dan mula memikirkannya dengan teliti.
Cinta
Jika tidak sinonim, kasih sayang dan cinta sentiasa diluahkan bersama. Ianya suatu perasaan suci yang tidak dapat dijualbeli bahkan kurniaan Tuhan yang amat mahal harganya. Mencintai dan ingin dicintai.
Dan aku kembali hanyut dalam perasaan diri. "Bagaimanakah ingin mencintai jika rasa cemburu dan iri hati masih kukuh dalam diri?". Tertegakkah kasih sayang dan bicara keinsanan jika terus megah dengan kehebatan diri.
Dan kisah-kisah silam kembali berkumandang dalam kotak fikir.
Satu saat aku melihat seorang tua menendang seekor anak kucing yang kelaparan tanpa belas kasihan.
Satu saat aku melihat jeritan amarah di sebuah pasaraya memperihalkan perjudian dan hutang.
Satu saat juga pernah mendengarkan tengkingan seorang lelaki tua di dalam bas yang sarat dengan penumpang.
Satu saat juga melihat dan menyaksikan pembunuhan dan kisah kekejaman.
Semuanya kulihat di depan mata maupun hanya melalui kaca TV. Namun sdah cukup untuk memerhati dan memahami bahawa cinta kian hilang dan kasih sayang telah memudar.
Akhirnya aku terus berteleku... mugkinkah masih ada cinta di dunia ini. Atau hanya hasad yang terus menguasai?

Sunday, 1 February 2009
Gaza: Hadirlah Muhammad A Fateh
Merenung jauh dari kamar sepi yang kian bungkam dengan kebencian terhadap zionis yang kejam, hatiku kian menjadi pilu dan amarah kian tidak dapat ditahan lagi. Mungkin ini kali keduanya kulontarkan segala jeritan kesakitan dalam sanubari di ruangan blog ini. Segalanya kususun dengan penuh harapan untuk memecahkan nanar dan resah yang terus berhempas pulas dalam minda dan lipatan hatiku ini. Apa lagi yang dapat kulakukan... memboikot barangan Yahudi... tapi di luar sana semakin ramai manusia yang seagama denganku terus rakus menogok Coca Cola dan memamah rakus Mc Donald juga Dunhill dan Marlboro di hujung jari, merentasi seluruh Daerah bersama team seangkatan memberikan ceramah tanpa henti meraih simpati untuk Gaza, Hamas dan Palestin... tapi semakin ramai suara-suara sumbang yang terus ketawa... "Untuk apa semua ini. Bukan kita yang dizalimi. Hanya sekumpulan masyarakat yang telah ditakdirkan untuk diberikan kekejaman". Cuba pula mengajar masyarakat solat hajat dan berqunut nazilah... dan tetap kedengaran suara yang mengejek... "Hanya berdoa... kita bukannya masyarakat Jabariyyah yang hanya tahu menadah tangan.". Dan benar semuanya kian terasa apabila menyaksikan masyarakat Arab sendiri terus bertelagah untuk mengorbankan saudaranya yang tegakberjuang mempertahankan kesucian agamanya yang tercinta.
Demikianlah aku mendongak menatap langit di celah alunan suara unggas dan sinaran rembulan di tengah malam ini, meratap dan merintih... andainya ada lagi Muhammad Al Fateh di muka bumi ini. Siapakah Muhammad Al Fateh... mungkin boleh kuceritakan sedikit kisahnya...
Sultan Muhammad Al Fateh
Dilahirkan pada tanggal 29 Maret 1432. Saat kelahirannya pun sudah terdapat isyarat bahwa dia nantinya akan menjadi orang besar yang membuat sejarah besar. Ketika berita kelahirannya disampaikan, ayahnya, Sultan Murad II sedang membaca Al Quran tepat pada Surat Al Fath ayat 1:“Sesungguhnya Kami telah memberikan padamu kemenangan yang nyata.”
Kelahirannya ada pertanda
"Menjelang kelahirannya, Sultan Murad sebenarnya sedang mempersiapkan serangan ke Konstantinopel (Constantinople), ibu kota Kerajaan Rom Timur atau Byzantium. Setelah anaknya Muhammad lahir, datanglah seorang ulama besar Islam ke istana Sultan dan beliau mengatakan bahwa bayi itulah yang nantinya akan menaklukkan Konstantinopel seperti sabda Rasulullah SAW:“Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tentaranya sebaik-baik tentara, dan rakyatnya sebaik-baik rakyat.”Ulama itu bernama Syeikh Syamsuddin Al Wali dari Khurasan (sekarang Uzbekistan). Beliau adalah seorang ulama terbilang yang cukup alim dan tawadhu'. Sultan Murad sangat yakin dengan ilham Syeikh Syamsuddin Al Wali sehingga baginda menyerahkan putera mahkota yang masih kecil kepada Syeikh Syamsuddin untuk dididik.
Syeikh Syamsuddin mendidik muridnya ini dengan disiplin kerohanian yang cukup tinggi. Penuh dengan latihan mengekang hawa nafsu dan hidup susah sehingga hasilnya Muhammad menjadi seseorang yang berjiwa kuat dan sangat tahan dalam menghadapi ujian. Beliau dididik memiliki cita-cita besar yaitu menepati janji Tuhan melalui Rasulullah SAW: menaklukkan Konstantinopel. Untuk ilmu perang, ayahnya mendatangkan panglima-panglima yang paling berpengalaman untuk mendidik beliau. Beliau sendiri adalah seorang cendekiawan yang gemar mengumpulkan ilmuwan-ilmuwan di istana untuk berdiskusi.
Pada usia 19 tahun beliau naik tahta menggantikan ayahnya. Mulailah persiapan penaklukan dilakukannya. Beliau mendidik tentara dan rakyatnya agar menjadi orang-orang yang bertaqwa. Seluruh tentera dan rakyatnya dididik agar sanggup bangun malam dan merintih munajat pada Tuhan. Sebaliknya di siang hari mereka adalah singa-singa yang berjuang di jalan Allah. Beliau juga mengadakan operasi perisikan untuk membebaskan seorang ahli pembuat meriam dari penjara Rom. Bersama para juruteranya beliau membangun benteng, kapal-kapal perang dan meriam-meriam yang canggih untuk ukuran zaman itu. Bahkan dalam membangun benteng Rumeli Hasari di Selat Bosphorus beliau turun tangan ikut mengangkat batu dan pasirnya.
Tertakluknya Konstantinopel
Setelah persiapan diatur, dimulailah serangan ke Konstatinopel. Perang yang hebat berkecamuk lebih satu bulan, belum juga kelihatan tanda-tanda kemenangan. Bahkan pasukan Islam mengalami kesukaran mendekati kubu pertahanan Rom di tepi Selat Bosphorus tersebut karena di taut pasukan Romawi memasang rantai-rantai berukuran besar yang sangat panjang hingga menghalangi kapal yang akan mendekat. Dalam ketidakpastian itu Sultan Muhammad Al Fateh bertanya pada syeikhnya yang mulia, “Wahai Guruku, bilakah saat yang dijanjikan itu tiba?” Syeikh Syamsuddin Al Wali menjawab, “Pada hari ke 53, hari Selasa pukul 11 pagi.” Ini adalah ilham berbentuk berita ghaib yang diterima oleh Syeikh Syamsuddin Al Wali. Sultan Muhammad sangat yakin pada ilham gurunya. Beliau makin bersungguh-sungguh meningkatkan ketaqwaan pada Allah dan mengajak tenteranya melaksanakan hal yang serupa sebab hanya orang bertaqwa yang mendapat bantuan Tuhan.
Pada suatu malam di butan Mei 1453 terjadilah peristiwa yang luar biasa. Para jurutera Sultan telah menemukan inovasi teknologi luar biasa yang dikenali sebagai terusan darat. Mereka berusaha membuat agar kapal-kapal perang Islam dapat berjalan di darat. Dengan mengelilingi selat, pada tengah malam tibalah kapat-kapal pasukan Sultan Muhammad At Fateh ke bagian belakang kubu Konstantinopel. Kota Konstantinopel sebenarnya adalah kota yang sangat strategis karena ditindungi oleh pertahanan alami, yaitu perbukitan. Kapal-kapal tentara Islam yang berjumlah 70 kapat mendarat di Semenanjung Pera di pinggir perbukitan itu dan berusaha mendakinya. Terjadilah keajaiban yang merupakan karamah bantuan Tuhan di malam itu. Secara lahiriah, meskipun kapal-kapal tersebut dapat ‘dipaksa’ berjalan di darat dengan menggunakan kayu-kayu raksasa tapi tentunya sukar untuk mendaki bukit untuk membawa 70 kapat layar berukuran besar dalam hanya beberapa jam adalah hal yang mustahil. Apa yang sebenarnya terjadi? Kapal-kapal itu bukanlah berjalan di darat tetapi seakan melayang mendaki dan menyusuri perbukitan sejauh 16 km sampai di Golden Horn sehingga operasi pendaratan 5.000 pasukan itu selesai dalam waktu singkat. Dari sanalah mereka menyerbu Konstantinopet. Paginya, pada hari Selasa 29 Mei 1453
Konstantinopel takhluk ke tangan tentara Islam di bawah pimpinan Sultan Muhammad Al Fateh. Telah diceritakan bahwa ketika Sultan Muhammad At Fateh memasuki Konstantinopet, para prajuritnya menemukan makam sahabat Rasulullah SAW yaitu Abu Ayyub Al Anshari ra. Di makam tersebut mereka melihat sebagian kaki Abu Ayyub tersembul keluar dari tanah. Kaki tersebut putih bersih, sama sekali tidak terlihat rusak walaupun beliau telah wafat selama 600 tahun. Inilah karamah para sahabat Nabi. Sultan panglimanya bergiliran mencium kaki tersebut. Giliran Sultan yang terakhir. Ketika Sultan Muhammad Al Fateh akan mencium kaki Sahabat Rasulullah itu, tiba-tiba kaki tersebut masuk ke dalam tanah. Telah diceritakan pula bahwa pada sore hari setelah penaklukan bersejarah itu Syeikh Syamsuddin Al Wali bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub Al Anshari. Beliau (Abu Ayyub) menyampaikan ucapan selamat pada Sultan Muhammad Al Fateh karena berhasil menaklukkan Konstantinopel dan menyatakan bahwa beliaulah yang sepatutnya mencium kaki Sultan Muhammad Al Fateh sebagai orang yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW.
Pada hari Jum’at pertama di Konstantinopel, ketika diadakan shalat Jumaat untuk pertama kalinya, terjadi kebingungan dalam menentukan siapa yang menjadi imam. Sultan pun dengan lantang meminta seluruh tentaranya berdiri dan mengajukan pertanyaan: “Siapa di antara kalian yang sejak baligh hingga saat ini pernah meninggalkan shalat fardhu silakan duduk!” Tidak ada seorang pun yang duduk. Ini berarti seluruh tentara Sultan sejak usia baligh tidak pernah meninggalkan shalat fardhu.
Sultan berkata lagi, “Siapa yang sejak baligh hingga saat ini pernah meninggatkan shalat sunat rawatib silakan duduk!” Sebagian tentaranya masih tegak berdiri dan sebagian lagi duduk. Jadi sebagian tentara sultan sejak balighnya tidak pernah meninggalkan shalat sunat rawatib.
Kemudian Sultan berkata lagi, “Siapa yang sejak baligh hingga hari ini pernah meninggalkan shalat tahajud silakan duduk!” Kali ini seluruh tentara duduk. Yang tinggal berdiri hanya Sultan sendiri. Ternyata sejak usia baligh Sultan belum pernah meninggalkan shalat tahajud sehingga beliaulah yang paling pantas menjadi imam shalat Jum’at. Memang benarlah kata Rasulullah SAW, “Sebaik-baik pemimpin, sebaik-baik tentara dan sebaik-baik rakyat.”
Demikianlah kisah yang juga kukutip daripada blog para teman. Alangkah indahnya kalau ada lagi Sultan Muhammad Al Fateh di kalangan kita yang dapat menjadi sebaik-baik pemimpin dan membawa sebaik-baik tentera untuk membebaskan Al Aqsa dan keseluruhan wilayah Islam itu. Ya Allah hadirkanlah Muhammad Al Fateh di sisi kami.

Thursday, 29 January 2009
Bumi Yang DiWarisi
"Bumi merupakan khazanah yang kita pinjam daripada generasi akan datang dan bukannya apa yang kita wariskan"
Tersemat kukuh pesanan ini dan terbuku dalam naluri hasil daripada intipati segala yang kupelajari sepanjang berada di UKM suatu waktu yang lalu. Ya... bumi ini bukanlah apa yang akan kita tinggalkan untuk anak cucu dan generasi pewaris tetapi merupakan apa yang kita pinjam daripada mereka. Tentunya ia memberikan noktah bidayah yang berbeza untuk dicorakkan.
Menjangkau Kenangan Silam
Seribu kenangan itulah yang dapat kurakamkan daripada kembara ilmu di bidang ekologi dan alam sekitar sepanjang tiga tahun menimba ilmu di Bangi. Dan ia menjadi titik mula kesedaran betapa indahnya alam dan memutikkan bibit bibit kecintaan terhadap bidang ini. Walaupun kini telah menobatkan diri sebagai salah seorang ahli dalam dunia pendidikan, namun sesekali limpahan memori tidak dapat dilupakan.
Dan ianya semakin membara dan bersemarak kembali ketika diutus email dan panggilan telefon rakan-rakan seperguruan. Begitu juga ketika sesekali melayari laman sesawang dan internet di kamar bersendiri, terus menyelusuri makna lestari, khazanah bumi, keindahan lautan dan hakikat graviti juga letusan magma dan rekahan sempadan geografi. Tatkala menatap dada akhbar, rasa resah terus menusuk kalbu, melihatkan jentera perkasa yang tidak henti menarah dan memusnah ciptaan Tuhan tanpa halangan dan bantahan!
Muhasabah Kendiri
Akhirnya semua terhimpun dalam kotak fikir. Kembali menginsafi ketika pernah bermusafir di Tanah Permaisuri (London) suatu ketika yang lalu. Mengutip kenangan yang datang bertalu-talu.
"Asingkan botol kaca tersebut?", pesan Landlord ketika cuba membuang sampah seadanya di bumi Malaysia.
"Hah", pastinya terlopong seketika memikirkannya.
"Kita akan disaman jika tidak mengikut peraturan recycle yang telah ditetapkan", demikian pesanan yang diberikan dan membuatku tersenyum sendiri.
Di kotaraya ini, segalanya cukup berharga bahkan sampah tidak boleh dibuang sembarangan. Hingga kertas dan sisa juga cukup terbela. Semuanya dikitar semula dan memberikan pulangan lumayan kepada Majlis Daerah mereka. Daripada hujung bandar hingga ke pusatnya, jentera pembersih bekerja keras mencuci kekotoran yang ditinggalkan. Bahkan ketika membeli ikan, hanya sehingga jam 5 petang kerana semua kedai mesti dibersihkan hingga tiada bauan yang tertinggal. Begitu juga ketika ke bilik air, cuba membandingkannya dengan di Malaysia... pastinya hanya membuka aib sendiri.
Penat mengingati kenangan yang pernah berdiam dalam diri, aku membuka tingkap kereta. Bunyi ngauman bising lori terus menyentak ketenangan yang pernah bersemadi. Di depan pula jentera rakus menarah bukit yang dijanjikan Allah sebagai pasak bumi. Kembali kalbuku mengingati kalam Tuhan yang pernah berfirman, “Dan bumi sesudah itu dihamparkan (untuk kemudahan penduduknya). Dia mengeluarkan dari bumi itu airnya dan tumbuh-tumbuhannya dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi) sebagai pancang pasak yang menetapkannya (semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternakan kamu.” (Surah An-Naziaat ayat 30-33)".
Bukit yang telah gondol benar-benar menyesakkan dada dan menyumbat pandangan mata dengan catatan derita. Dan perkara yang sama berlaku di mana-mana. Apatah lagi di negara yang kononnya cukup bertamadun... segalanya sudah tiada. Hutan rimba hanyalah khayalan anak-anak di dalam wayang dan mimpi ngeri. Bumi terus dikhianati... ujian senjata pemusnah... hutan dan gunung diratakan... bahan cemar menghancurkan segala sungai, tasik dan lautan... bahkan haiwan dan tumbuhan hanya mampu menghabiskan sisa kehidupan yang entah bila akan berakhir.
"Ya Allah kesihanilah bumiku ini.
Kemusnahan Atas Nama Kemajuan
Lantas perhatianku mengingat lagi saat aku memberikan ceramah kepada sekumpulan ilmuan di UTM makna alam sekitar yang mesti dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh.
"Kalau begitu bagaimana kita nak maju?, terpacul soalan daripada salah seorang peserta di bahagian belakang dewan.
"Maju?", begitu jawapku.
"Ya benar encik... kita bukannya anti establishment".
Wah semakin panas bunyinya. Anti establishment!!!! Sesiapa sahaja tidak mahu dituduh sebegitu. Seolah-olah militan dan berkait rapat dengan kumpulan terrorist.
Lantas aku terpaksa berbicara panjang untuk mengubah mindanya yang sarat dengan kebencian kepada usaha menyelamatkan alam. Dan akhirnya kututup bicaraku dengan sebuah Firman Tuhan, "“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya.” (Surah Al-A’Araat ayat 56).I.” (Surah Al-A’Araat ayat 56).". Kulihat wajahnya termangu-mangu seolah-olah masih ada yang mendongkol di hatinya.
Fikiranku terus kembali menngelintar ketika cuba mendapatkan jawatan di sebuah institusi pengajian tinggi di selatan tanah air. Temuduga tersebut dihadiri sekumpulan Profesor yang terkemuka. Terlihat jelas ketinggian ilmu mereka...apatah lagi bila memerhatikan cermin mata tebal dan sinaran di dahi... "Wah gerunnya" bisik hatiku sendiri.
"Alam sekitar."... gumamnya melihatkan resumeku yang dibelek pada tangannya. Ditanggalkan cermin mata dan direnungnya wajahku. Tajam... benar seperti renungan seekor helang di hadapan mangsanya. "Apa yang awak tahu pasal penjagaan alam sekitar ni?"... soalnya.
Kutarik nafas panjang dan aku mula menyusun bicara berkaitan kesan perbandaran, makna pencemaran, hakikat pemeliharaan dan pelestarian, keutuhan hutan dan lautan dunia.
"Kalau begitu bagaimana nak membangun?", lagi-lagi soalan yang sama.
"Kami diajar bagaimana untuk membangun tanpa mengorbankan alam ini. Membangun tapi menghormati bumi. Moden tapi bersahabat dengan alam, haiwan dan tumbuhan". kujawab dengan ringkas untuk tidak merendahkan ilmunya yang melimpah ruah itu. Maklumlah Profesor...
Syukurlah aku diterima bekerja di institusi ini namun perjuangan ini tidak pernah berakhir. Mendidik diri dan keluarga untuk sama berbakti kepada alam jauh lebih sukar daripada mendapatkan jawatan.
Semoga aku terus istiqamah mentadbir bumi sebagai khalifah yang amanah.
Johari Surif

Thursday, 22 January 2009
Guru: Pengajar atau Pendidik?
Sengaja ku tulis tajuk catatan ini dengan satu persoalan. Namun ianya bersulam dengan sebuah harapan untuk mendesak pemikiranku bekerja lebih keras untuk memahaminya. "Mengapa aku perlu bersusah payah begini?" ternyata persoalan yang kulontarkan hanya membawa kepada seribu satu persoalan yang menuntut pelbagai jawapan. Mengapa tidak.....
Seribu Satu Kisah Seorang Guru
Kisahnya bermula daripada kehadiranku mempengerusikan "Program Pengkayaan Pengetahuan dan Pengalaman Bersama Guru Pakar" pada minggu yang lalu. Selaku setiausaha sebuah NGO, aku diamanahkan untuk mengendalikan program tersebut. Sambil makan dan berbual panjang bersama guru-guru cemerlang ini, rupanya banyak benar yang perlu dipelajari. Alangkah luasnya ilmuMu Ya Allah. Tak tertafsir rasanya cerita yang disampaikan, tak terjangkau pemikiran membayangkan dan tak tergambar pengalaman yang dikongsikan. Segalanya cukup indah kerana bagi mereka, usaha yang dicurahkan adalah bekalan ke akhirat nanti.
"Syukur kepada Tuhan, semua anak-anak saya berjaya dengan cemerlang walaupun saya tidak sempat untuk mengajar anak saya sendiri" senyum terukir di bibir guru di depanku ini. "Mengapa?" spontan terpacul soalan tanpa dapat kutahan lagi. "Hampir sepanjang hari daripada pagi hingga ke malam saya di sekolah mendidik pelajar hingga anak sendiri terabai. Mujurlah Allah membalas dengan menganugerahkan kejayaan pada mereka", suaranya mendatar dan penuh rendah diri.
Benarlah firman Tuhan, setiap kebaikan akan di balas dengan kebaikan. Ianya benar-benar menginsafkan. Tidak terpalit rasa penyesalan guru muda tersebut menginfaqkan hampir seluruh hidupnya bagi mendidik anak-anak masyarakat yang mengamanahkan kepada mereka biar terpaksa mengabaikan kebahagiaan dirinya sendiri.
Ingatanku terus mengimbau kembali ketika berbicara dengan seorang guru yang pernah dihantar jauh di pedalaman. Tanpa segala kemudahan, jauh sekali keseronokan menikmati bekalan air dan api yang hanya dihujung jari. Terpaksa bersatu dengan alam, minum air di perigi dan berbekalkan api pelita serta kelambu sebagai pendinding diri.
"Kami membina sendiri semua peralatan makmal daripada bahan terbuang, daripada tin kosong hinggalah botol-botol yang telah dibuang. Sesekali menangkap kucing liar untuk diawetkan dan mencari darah ayam di pasar untuk mengkaji platlet dan hemoglobin", penuh semangat terpancar dari tutur kata dan anak matanya yang bersinar-sinar.
Sekali lagi aku mendakap kemas semua pengalaman yang dikutip. Memetrainya dengan kalimat keramat untuk dinobat sebagai alunan azimat. Mereka mendapat damai abadi dengan membakar diri. Terus menjadi panduan dan pedoman diri.
Kami hanya mengajar
Namun terasa dadaku terkocak juga sesekala bila berkongsi pengalaman dalam sudut yang berbeza. Seperti kisah seribu satu malam, ada watak protogonis dan antagonis. Malam dan sinag. Putih dan hitam. Tidak lengkap jika tidak kukongsikan pengalaman menghadiri seminar peringkat kebangsaan di sebuah IPTA terbilang. Seusai menyampaikan seminar yang sesekali disulami gelak tawa, aku dipanggil beberapa orang guru tua dengan wajah yang membusat.
"Encik ni pernah mengajar di sekolah ke?", begitu soalan yang lama bertalu di gegendang telingaku.
"Mengapa?", sengaja aku melemparkan soalan provokasi.
"Mustahil kita boleh laksanakan pengajaran secara inkuiri, konstruktivis dan apa-apalah yang Encik cakap tu.", wah! bernada tinggi suaranya.
"Tidak boleh?", aku menyoal lagi suaraku datar.
"Encik hanya berteori, kami yang melaksanakannya. Bila nak habis silibus? .. kami ada banyak kerja, bukan habis mengajar kena jaga macam-macam, pentadbiran kami buat... aktiviti... dan... ", dan seribu satu alasan.
Begitulah kalau tak hendak seribu dalih. Anehkan? Mengapa guru tersebut tidak sama dengan guru cemerlang yang kutemui. Sedangkan mereka dididik di universiti dengan segala prasarana dan silibus yang sama.
Dan semalam kulihat lagi berita di dada akhbar. Guru didakwa memperkosa anak murid perempuan selepas balik daripada aktiviti sukan. Berita yang lain, guru meliwat dan melakukan seks oral kepada pelajarnya.
Ya tuhan, apa dah jadi?
Kembali aku memikirkan pertanyaan tadi, guru: pengajar atau pendidik?

Tuesday, 20 January 2009
Gaza: Salam Perjuangan
Entah kali ke berapa aku menyelak halaman demi halaman akhbar sehingga lusuh menatap wajah-wajah anak-anak dan wanita tidak berdosa yang sudah tidak bernyawa lagi. Wajah yang pucat dan tompok-tompok darah benar-benar menyayat hati. Manakala di satu sudut lain digambarkan kereta-kereta kebal dan ledakan peluru berpandu yang tidak berkesudahan. Fikiranku kian kosong dan sebak di dadaku tidak dapat ditahan lagi sehingga akhirnya basah air mata yang cepat-cepat kuseka. Pastinya amat memalukan apabila dilihat teman dan rakan-rakan lain melihat seorang lelaki bersama tangisan.
Ratapan Kesedihan
Pantas memoriku mengintai kembali perbicaraan bersama seorang mak cik petang tadi yang terus terngiang-ngiang hingga dinihari. "Mengapa bayi dan wanita yang lemah dan tak berdosa dianayai sedemikian rupa" kata makcik tersebut dengan wajah penuh kegeraman. Kelihatan rona merah mengisi sudut matanya. Dan aku berkongsi perasaan dan emosi yang sama. Malam itu aku benar-benar resah, puas kucuba melelapkan mata namun masih tergambar dalam kotak fikir tangisan yang menyayatkan daripada seorang doktor yang kehilangan tiga cahaya matanya. Terpapar kembali rintihan seorang ibu muda yang kehilangan seluruh ahli keluarga dan tempat kediaman yang menjadi perlindungannya sama sekali. Rumah tempat berteduh telah rata menyembah bumi. Hospital telah penuh dengan mangsa yang terkira, bekalan ubatan yang terus tersekat tanpa makanan dan penderitaan kian kejam apabila kedinginan musim sejuk sudah tidak dapat diungkapkan lagi.
"Apakah salah mereka Ya Allah sehingga diseksa sedemikian rupa?".
Tidak puas rasanya meladeni keheningan malam dan resah yang memburu berpanjangan, ku singkap tafsir pimpinan Ar Rahman dan kuingat kembali pesan ibu,
"Hanya dengan mengingati Allahlah hati akan menjadi tenang".
Setiap Yang Beriman Pasti Akan Diuji
Dan akhirnya aku menemui firman Tuhan, "Apakah kamu berkata kamu beriman dan kamu tidak akan diuji. " Benarlah mereka saudara-saudaraku di Gaza sedang diuji Allah dengan uijan yang maha dahsyat. Ujian yang pastinya amat menggoncangkan keberanian dan meruntuhkan kemanusiaan. Ujian yang datang daripada kekejaman Zionis yang tak punya makna kasihan. Ujian yang jika ditimpakan kepada umat di bumi Malaysia ini pastinya akan menjadi padang jarak padang tekukur.
Namun sememangnya Gaza telah melahirkan insan yang cukup kental imannya. Bumi para anbia yang sentiasa melahirkan ribuan jiwa bertaqwa dan pejuang yang tidak pernah gentar. Ya Hamas telah menyahut ujian yang datang dan bertarung dengan sepenuh kekuatan. Tatkala waktu solat datang, pastinya azan terus berkumandang dan jamaah berpusu-pusu datang ke runtuhan masjid yang tidak mampu di sebut lagi itu.
"Kami tidak pernah gentar. Sekiranya ajal telah sampai kami tetap akan kembali kepada Tuhan walaupun bersembunyi di dalam kubu perlindungan", bicara seorang ahli jemaah dengan pancaran wajah penuh ketenangan.
Dan bicara saf pimpinan Hamas tambah menginsafkan keimananku. "Kami akan terus berjuang sama ada syahid atau menang. Namun untuk berundur dan membiarkan agama Allah ini dicemari, tidak sekali-kali".
"Ya Allah, alangkah kerdilnya aku jika dibandingkan dengan mereka". Sebak di dada kian mencengkam apabila memikirkan masjid di bumi Malaysia yang hanya dilimpahi jemaah apabila solat sunat aidilfitri atau hari-hari pertama bulan ramadhan. Begitu juga tatkala suara helikopter dan hujan peluru kedengaran, pejuang Hamas pantas melepaskan tembakan balas serta pasukan bantuan membantu mangsa yang terkorban dan tercedera tanpa mengendahkan keselamatan diri mereka.
Monolog Pada Diri
"Ya Allah aku memohon kepadaMu Ya Allah berilah bantuan dan rahmatMu kepada saudara-saudara kami di Gaza. Hancurkanlah musuh-musuh mereka, pecah belahkanlah ikatan dan kesatuan musuh mereka, Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa, Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka, Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, hantarkanlah anjing-anjingMu kepada musuh mereka. "
Demikianlah sebahagian qunut nazilah yang terus kupanjatkan kepada Tuhan yang pastinya akan membantu hambanya yang beriman. Masih basah ingatan sahabat seperjuangan, Rasulullah terus berqunut nazilah selama sebulan bermunajat supaya Allah membalas perlakuan kafir jahiliyah yang telah membunuh 60 orang sahabat yang hafal al Quran tatkala dititipkan untuk berdakwah di perkampungan mereka. Aku juga bermohon agar doaku kau terima Ya Allah. Sesungguhnya aku tidak punya kekuatan untuk turut berjihad sebagaimana Hamas di Gaza namun aku hanya mampu berusaha yang termampu. Sesekali meruntun juga nafsu dan bisikan syaitan tatkala menghampiri Mc Donald dan Starbucks menyaksikan alangkah berseleranya pemuda dan pemudi Islam yang asyik menikmati juadah mereka. Sedih juga menyaksikan rakan-rakan yang masih enggan menginfaqkan sedikit kekayaan mereka kepada pejuang di Gaza, dan tambah pilu melihat sebatang demi sebatang Dunhill, Marlboro dan entah apa lagi berkepul berkelun di bibir umat yang mengaku beriman. Dan sesungguhnya aku terlalu lemah Ya Allah kerana hanya ini sahaja yang mampu kulakukan. Alangkah indahnya kalau aku mampu...
Salam Hormat:

Sunday, 4 January 2009
PPSMI: Kembalilah ke pangkal jalan
Sesat di hujung jalan kembalilah ke pangkal jalan. Demikianlah pepatah Melayu lama yang hingga kini terus menjadi azimat dan pegangan tali temali tatkala kesesatan dan kejahilan kian nyata akibat dasar PPSMI yang telah terlanjur dilaksanakan tanpa kajian mendalam.
Berdasarkan muqadimah di atas tentulah jelas dan nyata pandangan dan prinsip ikutan yang perlu kita fahami dan yakini. Sudah terang lagi bersuluh kehancuran dan kemudaratan yang tercetus akibat kebobrokan dasar yang hanya menyusah dan menderitakan ini. Apakah masih kita perlu bertanya? Apakah masih perlu kajian dan meja bulat yang entah ke berapa kalinya?
Melanggar Perlembagaan
Perlembagaan Persekutuan dalam Fasal 152 menjelaskan hakikat yang hanya dapat dipinda melalui pindaan perlembagaan perlembagaan di Dewan Rakyat melalui usul dan sokongan 2/3 bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi yang menjadi kewajipan perlaksanaannya dalam semua urusan rasmi negara. Dasar PPSMI ternyata bukan sahaja memperlekehkan bahkan menghina serta mengaibkan Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Penyata Razak yang dibina berdasarkan Fasal 152 ini.
Menyelamatkan Anak Melayu khususnya Luar Bandar
Jurang semakin nyata dan ketinggalan mereka semakin melebar. Tidakkah kita tidak mempunyai sebarang rasa belas kasihan. Sesungguhnya para pendidik amat mengerti. Di sekolah sesi soal jawab telah mati akibat bahasa Inggeris dan anak-anak Melayu menjadi bisu dalam kerangka pendidikan mereka yang sepatutnya menyelamatkan mereka. Hal ini menjadi lebih nyata bagi anak-anak luar bandar yang terus mengharap ikhsan daripada kita semua.
Telah nyata kesasatan yang wujud. Kembalilah ke pangkal jalan. PPSMI mesti dihapuskan dan bahasa Melayu mesti dinobatkan. Noktah. Tiada lagi persoalan.
Hormat daripada:

Monday, 4 August 2008
PhD: Suatu Pengurusan Kendiri

PhD : Philosophy of Degree, Piala Hasad Dengki, Permanent Head Damage... dan seribu satu akronim bagi menggambarkan makna yang terkandung dalam tiga huruf P.h.D yang dicantumkan tersebut. Apapun kesemuanya mempunyai makna dan maksud yang tersirat untuk dileraikan sebagaimana abstrak dan beranjaunya perjuangan untuk mengenggam sebuah PhD tersebut.
Ijazah Doktor Falsafah
Ianya merupakan hasrat hampir semua insan yang mencintai ilmu dan pengetahuan. Apatah lagi seorang pensyarah kerana ianya merupakan sebahagian ke'wajib'an yang mesti ditunaikan. Dengannya pengiktirafan diperolehi untuk membolehkan mengajar anak watan pada semua peringkat akademik, diploma, sarjana muda, sarjana, PhD. Tanpanya maka hilanglah sebahagian prasyarat untuk kemandirian hidup di lingkaran menara gading atau sebuah tempat yang bergelar universiti.
Demikianlah... tatkala mula mendaftarkan diri untuk mengikuti pengajian ini, rupanya benarlah perjuangannya penuh liku dan debaran-debaran. Satu persatu, ujian diterima dan satu persatu ujian tersebut dihadapi. Mencari buku-buku di perpustakaan, kedai-kedai buku, akhbar, majalah, pelbagai media massa, menyelusuri internet, bertemu penyelia, berkongsi pandangan dengan rakan seperjuangan dan tokoh-tokoh akademik, merujuk dan mencari intipati daripada perbicaraan dengan para ahli dalam bidang yang diterokai, mencatat maklumat, merumus dan meringkaskan segala bahan pembacaan, mengemukakan idea dan berhujah, dikritik dan mengkritik, menilai dan mensintesis, menulis dan menyebarkan bahan ilmiah, menulis artikel, melibatkan diri dalam wacana, conference, seminar, konvensyen dan pelbagai persidangan, mengikuti kursus-kursus dan menulis tesis. Kesemua aktiviti tersebut merupakan sebahagian kehidupan yang menjadi nadi dan terus meneruskan hayat sebagai seorang pelajar PhD.
Namun rupanya itu hanya sebahagian sahaja daripada proses kehidupan dalam PhD ini. Ianya hanya sebahagian kecil sahaja. Terlalu kecil jika diibaratkan seperti seketul aisberg ianya hanyalah 10 peratus di permukaan tetapi 90 peratus lagi penuh dengan seribu satu kisah dan catatan perjuangan yang pastinya cukup luar biasa. Dan inilah sebenarnya PhD tersebut.
Makna Sebuah PhD Yang Sebenar
Teringat dan terus bersemadi dalam diri, bicara dan pesanan Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Mohamad Yusof Arshad seorang penyelia yang cukup bijaksana...Ijazah Doktor Falsafah

"PhD ini tidak cukup dengan hanya kerajinan tetapi perlu sedikit kebijaksanaan. Ianya merupakan sebuah pengurusan"
Dan benarlah... PhD ialah sebuah pengurusan kendiri. 90 peratus yang tersembunyi merupakan hakikat pengurusan tersebut. Menguruskan diri, masa, tanggungjawab kepada keluarga dan anak-anak, ibu bapa, penyelia dan rakan-rakan. Inilah intipati yang tidak dapat dipisahkan. Dan inilah makna PhD yang sebenarnya.
Pengurusan Kewangan
Kembali menginsafi kehidupan di bumi London yang merupakan sebahagian daripada program atau kursus yang diikuti di dalam program PhD ini. Apatah lagi di bumi London yang serba serbinya melibatkan kos dan implikasi kewangan. Membahagikan kewangan adalah hakikat yang tidak dapat dielakkan daripada dihadapi dengan penuh teliti. Dengan kos yang cukup terbatas untuk menampung kos sara hidup kami seramai 7 orang memangnya amat mencabar. Setiap wang yang dibelanjakan perlu diteliti dengan cukup berhati-hati. Manakah wang untuk sewa kediaman, kos pengangkutan pergi dan balik ke universiti, kos untuk menampung makanan, membeli buku, pakaian, susu dan pampers anak, oleh-oleh untuk saudara mara dan rakan di kampung dan seribu satu kos yang perlu diuruskan.
Ada kalanya sedih juga melihat anak-anak yang mengharapkan itu dan ini sebagaimana di Malaysia atau emak dan ayah yang bersusah payah menjaga anak-anak... namun untuk membelikan sesuatu kepada mereka pastinya tidak berkemampuan sebagaimana di Malaysia yang kosnya cukup murah dan rendah. Ternyata, Malaysia juga yang indah. Namun dengan ketidakupayaan ini, berusaha juga untuk menenangkan hati mereka. Setiap hujung minggu membawa mereka berjalan-jalan ke tempat yang menarik di London ini, dan pastinya poket semakin menipis. Membelikan juga buahan serta sesekali berkongsi makanan di kedai, memperuntukkan kewangan pada barangan cenderamata untuk adik beradik dan saudara mara. Namun semuanya pasti memerlukan daya fikir dan pengurusan kewangan yang cukup sarat dengan intipati kebijaksanaan. Inilah PhD!
Pengurusan Masa
Benarlah firman Tuhan: "Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.". Pengurusan masa di sini cukup berharga. Sebahagian masa telah habis dalam perjalanan, dan hanya sedikit waktu di universiti yang perlu di isi dengan segala satu aktiviti, mendapatkan bahan, menulis, membaca, berjumpa dengan penyelia, mengunjungi library, bertemu rakan dan berbincang. Dengan hanya dari 9.00 pagi hingga ke petang, seolah masa tidak cukup rasanya. Dan tatkala balik perlu kepenatan cukup terasa dan masa itulah perlu masa untuk anak-anak dan ibu bapa. Inilah PhD!
Pengurusan Diri Dan Keluarga
Kebijaksanaan dan psikologi yang cukup luar biasa adalah untuk menjaga diri dan keluarga. Dalam memperuntukkan masa untuk keluarga dan ibu bapa, segalanya perlu ditangani dengan penuh siaga. Jangan sampai hati ibu bapa terguris, anak-anak menderita dan diri sendiri jangan sampai merana. Segalanya bermula dengan penuh kesabaran, mengorbankan keselesaan diri untuk yang lain, merasai lazatnya ukhwah bersama keluarga dan kehidupan, menobatkan doa dan memohon kesejahteraan yang berterusan. Dan ianya cukup membahagiakan untuk dihayati... kemanisan yang tidak dapat dicari ganti... satu kenangan yang pasti akan dirasai sampai ke akhir hayat nanti. Inilah PhD!
Dan seribu satu pengurusan yang semuanya mesti ditangani dengan penuh teliti dan hati-hati. Inilah perjuangan sebenar untuk menjadi seorang ilmuan - kalaulah layak. Namun... Ya Allah kurniakanlah keberkatan untuk kami terus menjadi semakin sabar, tabah, gagah dan dikurniakan hikmah.
Amin Ya Allah!
Johari
London, UK.
Thursday, 31 July 2008
Islamophobia
Tak puas rasanya hati dan perasaan jika tidak mengulas suatu isu yang pastinya akan dihadapi oleh semua orang yang mengucap dua kalimah syahadah di Tanah Permaisuri ini. Ia pasti dirasai dan ianya pasti dilalui.
Akhbar dan Media Massa
Di dada akhbar dan kaca televisyen, pastinya tidak pernah kunjung padam setiap hari dan hampir setiap masa dikumandang dan didendang dengan sewenang-wenangnya betapa Islam ini berkait rapat dengan keganasan dan kejahatan. Tatkala merenung dada akhbar yang diperolehi secara percuma dalam perjalanan pergi dan balik daripada universiti ke rumah sewa setiap hari, ada sahaja bicara tentang Islam, muslim dan sesuatu yang menyentuh tentang Islam sebagai paksi kejahatan.
"Suspek pengganas pengebom dihadapkan ke mahkamah"

Dan diikuti dengan terpampangnya wajah-wajah orang Islam dalam keadaan berjanggut dan berjambang sebagai pengganas yang mesti dihapuskan.
"Israel terpaksa membebaskan tahanan Palestin demi menebus mayat warga Israel yang terbunuh"
Dan diikuti dengan seribu satu kisah yang menyentuh kebaikan Yahudi dan kekejaman orang Palestin.
"Visa 11 buah negara diteliti semula"
Dan diikuti kisah penelitian kemasukan warga asing ke Britain terutamanya daripada negara Muslim termasuklah Malaysia yang perlu menggunakan Visa kerana kecurigaan terhadap mereka.
"Kami pelindung Israel: Brown"
Diikuti seribu satu pujian terhadap Israel dan sokongan penuh mereka terhadap negara tersebut yang berjaya menguasai rantau Islam di sekelilingnya.
Tak sudah-sudah melalui propaganda di dada akhbar, ruangan yang sama terus dipancarkan di kaca televisyen. Dan yang terbaru kisah mengenai Saddam dan keluarganya yang disiarkan ke seluruh negara.
Kisah Saddam Di BBC
Berkesempatan mengikuti rancangan tersebut selepas menunaikan solat Maghrib, hati kecil kian tersentuh. Entah daripada mana fakta di kutip dan daripada sumber apakah cerita direka memperlihatkan bagaimana Saddam Hussein yang digambarkan dengan penuh kekejaman yang tiada tolok bandingnya seperti seorang mafia. Semua seteru politik dikumpulkan dan dibunuh dengan kejam, adegan menembak kepala, meminum arak dan menghisap cerut, kebengisan, kekejaman, keganasan dan seribu satu gambaran untuk memastikan Saddam dan muslim keseluruhannya sebagai satu gambaran jijik dan menjijikkan. Saddam juga akan merogol dan membunuh perawan hampir setiap malam di samping memastikan ahli keluarganya sentiasa mengawasi semua orang dalam lingkungan dirinya agar patuh kepada beliau. satu gambaran yang pastinya penuh kerakusan serta menyemai kebencian yang tolok banding nya kepada orang Islam.
Terdetik juga di hati, "Mungkin benar..." namun gambaran yang diberikan sememangnya cukup meloyakan bagi setiap mukmin yang beriman.
Masjid Di Awasi
Dan akhirnya satu pengalaman yang semakin mendebarkan terus dilalui di kota ini. Ketika sempat menunaikan solat Jumaat bersama ayah mertua di salah sebuah masjid berdekatan dengan tempat penginapan, masjid tersebut di awasi oleh lima orang polis yang menunggu di pintu masjid dan kawasan berhampiran masjid. Takut benar mereka terhadap Islam, bahkan masjid juga dicurigai. Namun.. masih teringat pesanan ulama muktabar... biarkan, tunjukkan kebaikan dan mudah-mudahan mereka akan memeluk Islam. Dengan perasaan tersebut, saya merasai peri pentingnya berdakwah kepada mereka. Akhirnya mereka semua meninggalkan masjid setelah solat Jumaat selesai dilaksanakan. Sempat juga saya melemparkan senyuman kepada polis-polis tersebut, namun tidak dibalas dan saya terus berlalu dengan tenang.
Benarlah Islamophobia telah menjadi agenda negara setiap hari di tanah London ini. Islam semakin ditakuti dan perlu dimomokkan setiap hari. Mengapa tidak angka peningkatan umat Islam di London terus melonjak secara drastik setiap hari. Samada melalui anak yang dilahirkan, kehadiran warga asing daripada negara Islam dan pertukaran agama Kristian kepada Islam sememangnya amat ditakuti.

Keseluruhannya, banyak lagi tugas yang perlu dilaksanakan. banyak lagi bebanan dakwagh yang perlu disegerakan bagi memastikan agama Islam ini terus bersinar dengan gemilang. Bak
kata pepatah, "Tiada kemanisan tanpa kesusahan".
Begitulah juga perjuangan menuntut ilmu ini.

Insya Allah akan berjaya dengan kegighan usaha yang berterusan.
Salam penuh ukhwah,
Johari
Thursday, 24 July 2008
Prof. Dr. Ahmad Fauzi Ismail: Suatu Warkah Kenangan
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera...
Yang Berbahagia Prof.,
Sesungguhnya 96, Park Avenue North, Willesden, London menjadi saksi yang mempertemukan kehadiran kita di Bumi Permaisuri ini. Di bumi ini jugalah suatu ikatan ukhwah terbina dan silaturahim dijalinkan. Tidak pernah terdetik dalam perasaan mahupun tersimpan dalam lipatan hati akan dipertemukan dengan seorang tokoh besar dan ilmuan terbilang yang sentiasa menjadi icon UTM dan warganegara Malaysia keseluruhannya. Namun segala yang diqada'kan yang Maha Esa pasti akan berlaku juga.
Detik Pertemuan
Masih basah dalam ingatan tatkala menyambut seorang Profesor yang terulung, alangkah gentar dan gerunnya rasa hati. "Bagaimanakah untuk melayani seorang tetamu yang amat masyhur begini?", "Apakah layak kami tinggal sebumbung bersama seorang cendekiawan terbilang", dan pelbagai pertanyaan terpacul dalam kotak fikir. Namun segalanya lenyap apabila berhadapan sendiri dengan Prof. AF Ismail tersebut. Keramahan dan senyuman yang tidak pernah lekang daripada wajahnya menyebabkan kemesraan segera lagi terjalin. Apatah lagi dalam kesunyian di tanah yang amat asing ini.
Demikianlah mulai saat tersebut, jalinan persaudaraan terus mekar dan hari-hari yang penuh meriah terbentuk dan bersulam dengan pelbagai pengalaman, jenaka, pandangan dan seribu satu kisah yang tidak mungkin dapat dilupakan. Sememangnya tempoh singkat yang dikurniakan dalam catatan kehidupan kami di bumi London ini menjadi begitu manis dengan kehadiran beliau. Dan bermulalah catatan sejarah perkongsian pengalaman tinggal serumah, makan semeja, dan tawa bersama.
Tidak mungkin dapat dilupakan saat-saat yang dilalui bersama tatkala makan semeja, bersenda gurau, keperkebunan memetik buahan, menaiki bas dan mencari cenderamata di Oxford Street, makan di bawah pohon di Cambridge, ber'punting', bahkan menjelajah car boot sales. Pelbagai rakaman catatan kenangan tersebut terus terpahat di lubuk hati dan lipatan sanubari.
Detik Perpisahan
Namun, setiap pertemuan pastinya ada perpisahan. Tanggal 23 Julai 2008, beliau kembali ke tanah air Malaysia meninggalkan tanah Permaisuri ini dengan segala tugasnya di sini yang telah diselesaikan. Alangkah beratnya rasa hati tatkala melihat beliau meninggalkan kami semua. Alangkah hibanya mengenangkan saat bersama yang tidak mungkin dapat dirasai semula. Alangkah sedihnya mengingatkan detik manis yang pernah dilalui bersama.
Segalanya kini tinggal kenangan, namun banyak pengalaman yang telah dikongsi dan segala pesanan dan nasihat yang diberikan terus menjadi azimat dan tali temali yang akan terikat kukuh dalam ingatan untuk menjadi pedoman sepanjang zaman. "Teruskanlah perjuangan", demikianlah pesanan dan doa beliau yang terus terngiang-ngiang dalam tekad dan keazaman.
Prof. terima kasih di atas segala-galanya.
Hormat daripada:
Johari Surif
DOA PERPISAHAN : Dedikasi khusus buat Prof. A.F. Ismail
Pertemuan kita di suatu hari
Menitiskan ukhuwah yang sejati
Bersyukur ku ke hadrat Ilahi
Di atas jalinan yang suci
Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah di atas suratan
Kau tetap pergi jua
Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hambaMu
Mencari hidayah daripadaMu
Dalam mendidikkan kesabaranku
Ya Allah bantulah hati hambaMu
Di atas perpisahan ini
Semyuman yang tersirat dibibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga Tuhan berkatimu...

Kembara ke Cambridge Yang Mendebarkan
Dua minggu lepas mencatatkan tambahan rakaman pengalaman kehidupan di Tanah Permaisuri ini. Bersama keluarga dan teman-teman kami meluangkan kesempatan ke Cambridge sebuah kota yang dibangunkan daripada kepesatan pembangunan sebuah universiti yang telah berusia ratusan tahun. Universiti apa lagi kalau bukannya University of Cambridge. Mendengar namanya sahaja sudah cukup untuk menggerunkan dan menggentarkan rasa hati. Namun ianya bertambah mengkagumkan tatkala berhadapan sendiri dengan antara universiti tertua dunia itu.
University of Cambridge
Cambridge memang sebuah kota yang indah dan mendamaikan. Suasananya merupakan suasana penuh keilmuan. Di sepanjang jalan terdiri daripada kolej-kolej dan kedai-kedai yang didirikan dengan duit universiti. Semakin rasa kagum apabila mengetahui kedai-kedai tersebut dibangunkan oleh universiti dan semuanya menyewanya dan membayarnya kepada universiti sekaligus menjana pendapatan lumayan kepada universiti tersebut. Tentunya idea pengkorporatan masih segar dalam ingatan. Apabila ianya diumumkan... semua masyarakat tersentak. Mengapa tidak universiti terpaksa membiayai sendiri sebahagian kos perbelanjaan mereka. Dan ketika itu, universiti mempunyai satu decision yang amat ditakuti, "Kami mesti menaikkan yuran pelajar untuk menampung perbelanjaan kami". Namun tuidak begitu di Cambridge... mereka menggunakan segala ruang dan kemudahan yang ada untuk menjana pendapatan yang menguntungkan.
Di sepanjang jalan pula deretan basikal disusun dan itulah antara kenderaan utama yang digunakan. Terbayang di UPSI yang meniru sebahagian cara hiduup di Cambridge. Memang amat mendamaikan, tanpa pencemaran dan kos yang amat menjimatkan. Tentunya kita kurang bersesak dengan kenderaan pelajar di kampus UTM. Dan belum dikira lagi terhadap peningkatan kos harga minyak mendadak yang menimbulkan keresahan semua orang.
Pelbagai aktiviti kami lakukan di Cambridge yang sememangnya tidak akan dapat dilupakan. Daripada makan di bawah pohon di tepi padang, ber'punting' di sungai, melawat kolej-kolej terkenal, ke kedai buku dan kedai makanan halal. Paling tidak dilupakan apabila berhadapan dengan beberapa pelajar Malaysia di Cambridge yang masih merendah diri dengan adab ketimuran. Daripada merekalah banyak sejarah University of Cambridge tersebut dikutip dan dipelajari. Mengunjungi sebatang pohon epal.. benihnya daripada pohon epal yang mencetuskan ilham teori graviti Newton sehinggalah kepada kolej kebanggaan yang melahirkan ramai ilmuan terkenal yang mendominasi teori sains dan matematik sehingga ke hari ini.
Pengalaman Yang Mendebarkan
Akhirnya kami singgah ke sebuah masjid di Cambridge. Hampir pasti tidak dapat ditemui kerana ia terletak dalam deretan rumah-rumah, kecil dan berwarna putih pudar di belakang sebuah kedai makan. Dan di sinilah kesabaran kami teruji. Entah datang dari mana seorang kulit putih dengan wajah yang penuh biadab dan menjijikkan memandang hina kepada kami. Tidak cukup dengan itu, pelbagai kata-kata biadab dihamburkan yang tentu saja menyebabkan air muka kami berubah dan maruah rasa diinjak-injak.
"This is Cambridge Pig Farm"
"Pigs live here!"
"Huargh! Huargh!" (bunyi babi)
Spontan diiringi gelak ketawa dan tepukan tangan dua orang perempuan di seberang jalan dengan penuh rasa gembira.
Alangkah menyayatnya.. sedih benar hati kami merasai kebodohan dan kebioadaban mereka. Kalau di malaysia tentu sahaja mereka akan diperhambart dan dibawa kehadapan pengadilan kerana mengeluarkan kata-kata yang begitu memprovokasi sentimen keagamaan. Namun kami hanya mampu bersabar. Ini bukan negara Islam. Biarpun di kota penuyh keilmuan namun akhlak penghuninya tidak begitu. Kami sedar dan penuh insaf bahawa Malaysia dan UTM masih lagi yang terbaik di hati.
Bilakah kami dapat kembali ke Malaysia?
Ikhlas penuh ukhwah
Johari Surif
Wednesday, 2 July 2008
Apakah ertinya hidup tanpa akhlak?
Tanggal 2 Julai 2008. Kehidupan yang berjalan seperti biasa ini merupakan sebahagian diari kehidupan dalam musim summer di bumi London. Dan ianya juga merupakan telah tiga bulan aku berada di England ini. Mengingati hari-hari di sini, semakin kuat keazaman untuk segera kembali ke Malaysia. Sesekali terasa kehairanan di dalam hati memikirkan warganegara Malaysia yang sanggup tinggal di England belasan tahun sehingga mencapai taraf permenant resident. Begitu juga dengan beberapa orang kawan yang baru dikenali telah mengabdikan diri dan telah sebati dengan budaya British.
"Di Malaysia banyak nyamuk... tidak di sini", masih jelas dalam ingatan sebahagian bicara kami dalam temubual yang berlangsung beberapa hari yang lalu.
"Sistem-sistem di sini jauh lebih berkualiti jika dibandingkan dengan sistem di Malaysia", ye.. sememangnya kuakui kerana memikirkan kesesakan lalu lintas sistem pengangkutan di Malaysia sememangnya pasti memikirkan pengangkutan awam di London.
Namun, membaca dada akhbar setiap hari di sini, sememangnya jauh lebih menakutkan daripada keadaan di Malaysia.
"Kadar kes rogol meningkat"
"Polis melarang penjualan arak secara besar-besaran sempena parti pesta pantai"
"Pelajar mati ditikam"
"Jenayah meningkat"
"Dua gadis ditahan kerana membekalkan dadah kepada penyanyi popular"
Sememangnya kes-kes jenayah sentiasa berlaku setiap hari di sini. Segalanya banyak berpunca daripada arak dan dadah. Tidak terbilang kes kematian dan kecederaan daripada air kencing syaitan tersebut. Dan setiap malam rakyatnya akan berpesta dengan arak yang menjadi sebahagian kehidupan masyarakat di kota ini. Ia ditambah dengan pengendali empayar perusahaan arak yang amat rakus mengejar keuntungan. Maka hampir seluruh kedai menjual arak yang boleh dibeli dengan murah dan mudah sekali.
Apabila arak telah menjadi nadi kehidupan tunggulah saat kehancuran.
Demikianlah natijah daripada kehancuran akhlak masyarakat London.
Merenung semua kisah ini terkenang kembali catatan dalam riwayat sirah dan teladan. Seorang pemuda yang dipaksa memilih satu daripada tiga jenis maksiat iaitu sama ada zina, membunuh atau arak. Dihadapannya disediakan seorang gadis yang cantik jelita, pisau untuk membunuh dan sebotol arak untuk diminum. Memikirkan akibat yang perlu dihadapi iaitu bunuh di balas bunuh, zina perlu bertanggungjawab untuk dihukum dipengadilan dan arak hanyalah maksiat diri melanggar perintah Tuhan yang perlu kembali bertaubat, lantas pemuda tersebut memilih untuk meminum arak sahaja. Setelah meminum arak, merah matanya dan kembang-kembang uratnya, pemuda tersebut telah menangkap gadis jelita dan dalam keadaan pemikiran yang telah dikuasai nafsu dan arak yang melalaikan, maka gadis tersebut telah diperkosa. Kejadian yang berlaku menyebabkan abang si gadis menjadi marah dan cuba memukulnya. Namun dengan pisau yang ada berhampiran telah digunakan untuk membunuh abang gadis tersebut. Akhirnya tanpa disedari, pemuda tersebut telah melakukan ketiga-tiga maksiat yang ditawarkan. Telah terang lagi bersuluh bahawa araklah pintu segala maksiat.
Kini hal yang sama turut berlaku dalam tamadun ini. Kerajaan berusaha gigih untuk mengawal arak namun segalanya mungkin telah terlewat.
Pastinya aku kembali menginsafi alangkah indahnya bumi Malaysia. Bilakah aku akan kembali ke sana?
Salam penuh ukhuwwah,
Johari Surif
Tuesday, 17 June 2008
Alangkah sukarnya memuji
Fantastic.
Gorgoes.
Well done.
Excellent.
Very good.
Oh, thats good.
Dan pelbagai lagi ungkapan pujian yang saban hari pasti akan kedengaran.
Di London inilah aku mula mengerti betapa mudahnya melontarkan pujian walaupun untuk perkara yang sekecil-kecilnya. Pengalaman bersama penyelia menyingkap lebih banyak lagi pujian-pujian yang sentiasa kedengaran bagi memberi penghargaan kepada setiap idea, cetusan pendapat, perkongsian pengalaman atau bahan bacaan baru, bahkan setiap tindakan yang dibuat.
Benarlah pujian sememangnya mampu mendorong membangunkan semangat dan motivasi penerimanya. Manakan tidak, setiap usaha yang dibuat tidak dianggap sebagai suatu pembaziran sebaliknya dihormati dan dihargai.
Masih teringat pesanan mutiara hikmah untuk mencari kawan dan sahabat, mulakanlah dengan pujian.
Dan alangkah indahnya apabila pujian tersebut dibalas kembali dengan ungkapan-ungkapan terima kasih yang selari dengan pujian yang dilontarkan.
Thank you.
Thank you very much.
Thank you so much.
Demikianlah pujian disambut, penghargaan diterima. Betapa murahnya pemberi dan betapa menghargai sipenerima.
Berlakukah ini dalam masyarakat di Malaysia?
Masih basah dalam ingatan, terlalu sukar untuk menerima pujian. Sebaliknya seperti rumah siap, pahat berbunyi, cemuhan dan kritikan yang bertali arus akan kedengaran sebaik sahaja melakukan sesuatu tugasan. Setidak-tidaknya begitulah kebanyakan daripada pengalaman yang diharungi selama ini di tanahair sendiri. "Eleh, macam ni aje.. . adk aku pun boleh buat", berdesing telinga mendengarnya. "Ah.. banyak buku tulis pun bukannya berkualiti", sebuah sindiran yang maha tajam. "Penyelidikan banyak tapi tentah apa-apa entah", satu lagi hamburan kejian. Mengapa ye? Hal yang sama turut berlaku apabila dipuji oleh rakan yang lain. Seolah-olah malu dan menganggapnya sebagai satu sindiran. "Lawa baju hari ni?', "Eh.. mana ada. Engkau janganlah main-main", demikian jawapan apabila dipuji oleh rakan yang lain. Pelik bukan?
Apakah mereka tidak menyedari makna dan hakikat menghargai dan menyayangi pengorbanan dan usaha rakan. Satu persatu prsolan tercetus dalam ruang pemikiran dan mengetuk pintu hati. Alangkah kerdilnya jika dibandingkan dengan budaya yang berakar di bumi London ini. Benarlah ada ulama yang membicarakan, "banyak nilai Islam yang luhur berakar di negeri kafir".
Salam penuh ukhuwwah,
Johari Surif
Subscribe to:
Posts (Atom)